Saturday, November 21, 2009

Menjadi Kita.



Saya tak pernah sampai ke Janda Baik, Bentong Pahang. Namun hari ini saya sampai juga kerana amanah. Namun berbaloi juga meredah gerimis tengahari ke Janda Baik.

Walau dalam perjalananan gerimis bertukar menjadi hujan lebat, tetapi kabus yang membalut seluruh wajah Janda Baik menjadi saya teruja pulak.


Bak kata mak menteri yang saya jejaki langkahnya ke situ (atas tuntutan kerja) ini mesti pengalaman pertama kali ke Janda Baik.


Bagusnya, selepas tugasan, mak menteri menjemput pula kami minum kopi panas di rumahnya yang tidak jauh dari situ. Rumah dengan seni bina bali dengan dingin hujan, aduh... hati cepat saja terpaut.


II

Insya Allah, jika tiada halangan novel ketiga akan muncul sebelum Januari.Membaca deraf akhir yang dikirim editor semalam, hati saya puas sungguh. Terasa lapang dada dan berbangga melihat hasil kerja diterima juga.

Kali ini, saya menulis dengan pengambilan kira faktor keliling. Ia masih berlingkar kisah cinta dan kasih sayang kerana saya percaya itulah rencah paling berperisa dalam hidup ini.

Namun, ia bukan kisah cinta berliku, tragik dan penuh sedih.
Ia kisah cinta biasa yang diadun dengan realiti kehidupan. Jadi babak cinta itu rasanya ada di permulaan cerita, di akhir dan berselang seli sedikit di pertengahan.

Begitupun, saya masih berlindung dibalik nama altar ego.. hahahaha.. tiada nama sebenar di kulit novel. Kenapa? Tak perlulah saya jawab. Tapi kalau hendak tahu nama apanya tunggulah nanti, akan saya terbitkan di blog ini begitu juga gambar kulit novel.

Walau apapun namanya, ia masih novel saya dan tulisan saya. Saya terlalu berharap anda sudi memberi pandangan, kritikan (pedas, sinis atau manis) dan menjadi rakan yang sudi memberi saya sokongan untuk terus menulis. Jadi, tunggu tau!

8 comments:

Bintang D'hati said...

Salam...wah! Xsbrnya nk tggu novel tu.saye peminat 'cinta biasa' ,teringat sebuah novel picisan( tp bg saye xde 1 karya pun yg picisan,semua terbaik!) yg saye baca masa zaman hingusan dulu ,judulnya 'bila cinta berbunga' karya atma A.M kalau xsilap.kisah cinta biasa yg polos tp sgt menarik :)

p/s dah dpt majalah TC november setelah meredah sampai ke Gramedia di the mines, sukaaaa !

Bintang D'hati said...

* di sini cintaku berbunga* ini tajuk novel tu hehehe

hafizahiszahanid said...

Cik Bintang - wah .. saya kagum dgn semangat kawan-kawan... ! Terima kasih juga saya dahulukan.
"Di Sini cintaku berbunga" .. aduh aduh.. tajuknya saja mengetar jiwa :D

Shasha said...

saya booking satu buku tu ya...cinta saya berputik..sekejap dingin..sekejap hangat...saya pun bingung...apa lagi yang saya perlukan untuk menyuburkan cinta ini...

hafizahiszahanid said...

My dearest sis - sekejap hangat sekejap dingin... emmm..
Perlu ada yg mengugah jiwa, menguatkan rasa dan membuat hati sentiasa bergelora.. mulakan dgn buku yg di'bookingg' ini, nanti saya hantar terus ke meja.. :D

Bintang D'hati said...

Salam fiza,saye dah baca 'tanpa selamat tinggal'...xpandai nk komen.. Yg pastinya saye suka ceritanya. Nk jdkan novel ke? Kalau jd novel lg best!

ennieva fauzi said...

Untuk aku mesti ada satu!!!

hafizahiszahanid said...

Cik Bintang - eh, samalah fikiran kita.. heheheh.. memang ada hajat tapi bukan sekarang kut.. tgklah tahun2 depan. :D

Cik Ben - hehehe...

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...