Friday, December 25, 2009

Kisah Novel Lama


Ada sebuah novel lama. Terbitan tahun 1995. Ditulis pengarang yang saya suka dan novel itu saya baca dan baca dan baca berulang-ulang kali. Bahasanya yang romantis dan berputar-putar selalu membawa saya ke alam khayal.


Bukan membaca novel itu membawa ke alam khayal. Tetapi membaca dengan hati dan mata itu yang melontar. Justeru, jangan setuju dengan mereka yang anti sastera (anti membaca juga) yang cepat mengatakan penulis karya kreatif itu tidak berpijak di bumi nyata.


Selepas 10 tahun, novel lama itu hilang. Saya terpandang-pandang kulitnya yang cantik. Saya teringat-ingat membaca ayat-ayat menjalin idea yang bersimpang siur tetapi cukup menyihir diri.


Waktu itu saya berfikir di mana boleh saya dapat novel seistimewa itu? Penulisnya juga tidak prolifik menghasilkan novel. Sesekali membaca cerpen dan puisinya di media, saya jadi teruja.


Bulan lalu saya ke kedai buku. Ada sebuah novel cantik putih dan bersih kulitnya. Hati saya cepat terpaut. Dan seperti novel lama yang hilang, novel baru pun dikarang penulis yang sama. Saya baca ulang dan ulang. Bagai dulu. Moga tidak hilang. Bagai novel yang dulu.


4 comments:

Bintang D'hati said...

Leh sakit jiwa wooo bila ilang buku/novel yg kita suka/sayang. Saye pnh ada sebuah buku- ada cerpen,puisi dan drama . Buku tu dah hilang( org curi! Huhuhu) . Judulnya 'SUARA SEMUSIM' keluaran DBP tahun 1972 ( saye blm lahir lg). Kalau la leh dpt balik buku ni...huhuhu

hafizahiszahanid said...

sedih kan? lebih sedih yang menghilangkan bukan kita tapi si peminjam!

Bintang D'hati said...

Yup! Rasa cam nk siat2 betis sampai buku lali org itu!( sambil pandang kiri kanan...xde polis kan?)

hafizahiszahanid said...

hahahah.. kronik tuh! Tapi memang pun kan?

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...