Saya terlewat untuk mengetahui keputusan Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi anjuran UTM dan Kumpulan Utusan sudah diumumkan.
Kemudian apabila urusetia menelefon memberitahu saya memenangi hadiah penghargaan saya terasa lapang dada.
Jujur saya mengatakan menghasilkan manuskrip "Rawan" adalah manuskrip atau karya paling susah untuk saya. Sebabnya, ia adalah manuskrip berunsurkan sains dan teknologi.
Saya bukan datang dari aliran sains jadi 'aura' sains saya memang tidak hebat. Cumanya, latar pekerjaan mendedahkan saya banyak dengan satu daripada cabang sains - perubatan.
Jadi, "Rawan" adalah kisah dunia perubatan dan penyelidikan yang saya adun dengan penulisan kreatif. Memang sepanjang menghasilkan "Rawan" hati saya pun rawan... :D
Namun, semuanya berakhir sudah. Walaupun tidak meraih satu daripada tiga tempat teratas, dinobatkan untuk menerima hadiah penghargaan pun sudah memadai, alhamdulilah...
"Tahun depan ada lagi, hantar manuskrip tau...," pesan si urusetia yang menelefon. Saya ketawa sendiri, oh.. saya tidak pasti tentang itu.
Untuk keputusan penuh senarai pemenang - rujuk Utusan Malaysia bertarikh 15 Disember 2009.
4 comments:
Tahniah fiza ! Kena ajar saye menulis ni
Boleh ...:D
Kat mana blh contact fiza selain kat sini? Ym ke email ke
Facebook ler cik bintang !
Post a Comment