Wednesday, January 27, 2010

Lebih Sabar.. Lebih Tenang...

Membahagi masa antara kerjaya hakiki dengan minat memang menuntut lebih banyak pengorbanan.
Menjadi perempuan bekerjaya, berkeluarga dalam masa yang sama berminat untuk terus mengejar cita-cita peribadi memang kadang kala menuntut pilihan.
Sebab itu ada ramai penulis perempuan akhirnya mengorbankan minat dalam penulisan kerana tidak mahu keciciran dalam tugasan sebagai ibu dan isteri.
Dulu saya tidak rasa, sebab ada pembantu rumah. Sekurang-kurangnya kerja rumah sudah beres, tidak perlu pening kepala memikir hal rumah. Sekarang, selepas kami memilih untuk berdikari dalam rumahtangga kami, tuntutan antara mengejar kerjaya, mengurus rumahtangga dan akhirnya menyebabkan bila tiba di hadapan komputer, mata pun sudah letih dan otak pun penat.
Itu senario tipikal, kata kawan bila saya bercerita. Dengan senyum-senyum kambing, dia berkata sebenarnya di mana letaknya kekuatan perempuan?
Saya sengih, lebih sabar.. lebih tenang. Dia angguk dan katakan, jadi lebihkan bersabar dan lebihkan bertenang! Huhuhu.. rasa nak menendang dia pula waktu itu.
Ya, nasib baik saya perempuan, jadi lebih bersabar dan bertenang lah ni. Namun, saya berhasrat mampu melahirkan sebuah lagi novel sebelum 2010 berakhir, insya allah.. doa-doakan. Doakan saya lebih sabar, lebih tenang....

Saturday, January 16, 2010

Filem Tentang Si Pengapit !



Kerap kali, menonton filem yang lucu dan 'girlish' seperti seorang rakan saya definisikan adalah pelarian saya untuk melepaskan tekanan. Selalu juga ia untuk berseronok-seronok dengan kawan-kawan. Paling baik, selepas itu kami akan bersembang-sembang tentang filem itu dan apa sepatutnya yang terjadi.


Made of Honor, filem 2008. Namun, saya baru menontonnya beberapa hari lalu. Kisah mudah dan sangat tipikal tetapi sangat lucu. Melihat Patrik Dempsey teringat doktor 'Mcdreamy' dalam Grey Anatomy. Tapi dia pernah menjadi peguam duda dalam Enchanted.


Filem ini bukan terlalu besar pun. Tiada falsafah-falsafah pun di dalamnya. Namun, ia memberi ketenangan dan keseronokan dalam kategori tersendiri. Ia masih mampu memberi letupan-letupan kecil dalam hati anda.


Tom dan Hannah kawan baik sejak 10 tahun. Tom yang kerap bertukar teman wanita, Hannah yang belum berjumpa 'Mr Right'. Pertemuan waktu zaman belajar yang mengikat mereka hingga akhirnya Tom mula sedar dia sebenarnya sudah lama jatuh cinta pada Hannah.


Kisah mudah, tidak perlu peningkan kepala. Namun sebagai manusia, bukankah kita juga perlu ada rasa itu? Rasa kasih, rindu dan sayang dalam jiwa. Jadi Made of Honor walau ringan tetapi hati masih juga bergetar. Saya suka saat itu, saat tersengih dan ketawa sendiri melayan Made of Honor. Suami tentu saja lebih selesa melayan PS2. Anak-anak tentu saja sudah lena waktu itu.


Thursday, January 14, 2010

Ulasan AKK di Geng Kicap



Saya mendapat tahu dari seorang kawan, Bennie hari ini ulasan novel saya terbit di gengkicap.blogspot.com !


Saya membacanya dengan rasa teruja. Sebab tidak pernah novel saya diulas sebelum ini. Apatah lagi walaupun saya sudah agak lama menulis tetapi masih bertatih dalam menulis novel. Apabila saya baca ulasan itu, saya rasa bagai hendak menangis. Benarlah hati saya ini terlalu lembut!


Bukan saya rasa bagai hendak menangis kerana puji-pujian itu, kerana saya juga bisa saja rasa hendak menangis kerana dikutuk. Tetapi saya rasa alhamdulilah.. sangat bersyukur kerana mesej yang ingin saya sampaikan memang begitu mudah dibaca oleh pengulasnya.


Saya sangat berterima kasih kepada pengulas di gengkicap.blogspot.com. Rupanya novel saya sebelum ini Kala Hujan Menitis juga pernah diulas! Alhamdulilah .. terima kasih juga dari saya dengan seikhlas hati.


Saya berterima kasih juga kepada kawan yang memberitahu ulasan itu. Dan dia mengetahuinya daripada penulis hebat, Lily Haslina Nasir. Terasa kecilnya diri saya bila penulis besar macam Kak Lily sudi pula bersusah payah mengambil tahu tentang penulis kecil macam saya!


Kepada pemberi komen, saya minta maaf - saya ini tidak berapa canggih dalam IT jadi, saya sudah secara tidak sedar menyekat komen dari disiarkan dan saya tidak tahu bagaimana hendak menyiarkan komen-komen anda. Saya akan usahakan supaya komen anda disiarkan!


Tuesday, January 12, 2010

Munich Selepas Lima Tahun

Banyak kali mendengar mengenai kehebatan filem Munich. Namun saya tidak kesempatan menontonnya. Sedar-sedar sudah lima tahun Munich diterbitkan. Kemudian, peluang mengunjung Munich membuat hati semakin kuat untuk menonton Munich.


Akhirnya selepas lima tahun, saya tergerak hati menulis tentang Munich selepas menontonnya kelmarin. Ia kisah perjuangan. Perjuangan Yahudi. Ia juga kisah benar yang diangkat dari kejadian pembunuhan 2 atlit Yahudi di Sukan Olimpik 1972 manakala 9 lagi ditahan sebagai tebusan. Sembilan yang akhirnya mati ditangan Yahudi.


Munich adalah rentetan kisah selepas itu. Bagaimana lima lelaki memburu seorang demi seorang pemain di sebalik tabir tragedi itu. Walau dilihat daripada sudut mana pun, dalam konteks filem Munich yang disorot dari watak Avner, saya masih melihat keegoaan dan kekejaman Yahudi di situ.


Mulanya Avner angkuh sekali membunuh seorang demi seorang yang dipercayai terbabit dengan pembunuhan di Munich. Ayat-ayat yang ditutur oleh rakan sepasukan seperti; bangsa Yahudi adalah bangsa yang hebat", "Yahudi tidak membuat salah, musuh Yahudi yang bersalah" menonjolkan secara terang terangan keegoaan Yahudi.


Golda Meir dalam Munich seperti Golda Meir yang dikenali dunia Islam. Perempuan yang meneraju Israel atas kepercayaannya, "Keberadaan Israel merupakan kewujudan janji yang telah diikrarkan Tuhan sendiri."

Lalu tidak hairan, Meir pernah mengugurkan kandungannya kerana berasakan tanggungjawabnya pada Zionist memungkinkan dia tidak punya banyak masa untuk beranak!

Tragedi Munich berlaku di zaman Meir, justeru Meir mengeluarkan arahan kepada Mossad memburu lelaki-lelaki Palestine yang terbabit dengan tragedi Munich. Untuk Meir, "save our citizens and condemn the unspeakable criminal acts committed." Untuk itu lelaki Islam Palestine hanyalah pengganas yang perlu dibunuh kerana tidak beradab membunuh warga Israel.

Saya suka perdebatan antara Avner dan Ali di 'safe house' . Saya mendidih mendengar kata-kata Avner kepada Ali, "kau tidak bernegara".

Namun kata-kata bidasan Ali lebih mengkagumkan, terutama apabila dia menyebut, 'lebih baik mati di negara sendiri,'

Munich dari kaca mata Avner di akhir cerita semakin berkecamuk dengan perasaan. Apabila melakukan satu kematian demi satu kematian, Avner mula terfikir adakah sebenarnya lelaki yang dibunuhnya itu benar-benar bersalah.

Kemudian, ada satu babak Avner akhirnya membunuh 9 tahanan Yahudi di lapangan terbang, mungkin sebagai kemuncak kekeliruannya.


Mainan perasaan itu mungkin sebagai tarikan dan menyisip ideologi Yahudi juga manusia yang berperasaan. Yang diburu kekesalan, yang diburu kekeliruan. Namun untuk saya, Yahudi bukanlah manusia.


Dari segi perfileman, saya melihat ia filem yang baik walaupun pengkisahannya tidak selari dengan kefahaman saya. Ia seperti kita melihat seorang bukan Islam menyebut Allah sebagai tuhan mereka, tuntutan dari segi perlembagaan itu mungkin betul TETAPI dari segi keharmonian, kesejahteraan hidup bersama dalam satu negara dan saling hormat menghormati dalam beragama, ia menjadi sangat songsang.


Monday, January 4, 2010

Kakak Sudah Sekolah!

Saya menghantar anak kedua yang berusia empat tahun ke sekolah hari ini. Tidak seperti menghantar abangnya dua tahun dulu, si kakak ini agak manja.


Pertamanya, kerana sejak lahir dia duduk dengan bibik


Keduanya, tentu saja kerana dia anak perempuan, manjanya lebih sikit. Hendak suruh mandi pun, jenuh memujuk. Paling tidak tahan bila dia memeluk kaki dan berkata, janganlah suruh kakak mandi, pagi-pagi ni sejuk mama. Aduh!


Ketiganya, dia bukan saja perlu sekolah tetapi menghabiskan masa hingga ke petang di pusat asuhan sekolah berkenaan. Bibiknya sudah tamat kontrak dan saya tidak bercadang mengambil yang baru.


Memang di persekitaran sekolah penuh dengan ibu bapa. Di luar sekolah, banyak kereta bersusun-susun dengan sesetengahnya ditinggalkan tanpa penumpang dan tanpa mematikan enjin pun. (Kalau kena bawa lari, jenuhlah !)


Ada ibu bapa yang terintai-intai di balik jendela. Pintu sekolah sudah ditutup malah guru-guru sudah berpesan, jangan berlama-lama di luar nanti anak-anak sukar hendak beri tumpuan pada guru.


Tapi maklumlah
, hari ini hari pertama. (di sekolah itu, hari pertama persekolahan adalah sehari selepas sekolah kebangsaan memulakan sidangnya). Selain ibu bapa yang tidak senang duduk melepaskan anak-anak memulakan hari pertama persekolahannya, guru-guru juga tidak senang duduk melihat ibu bapa merayau-rayau di sekitar sekolah.


Saya pun menjadi sebahagian ibu bapa itu sebenarnya. Namun, apabila melihat si abang memegang tangan si adik, membawanya duduk berdekatannya, saya tahu saya tak perlu berada di persekitaran sekolah lagi. Saya balik dan dalam hati saya sangat berharap si abang dapat menjaga si adik dengan baik

Pengalaman peribadi saya memberitahu anak-anak yang duduk di pusat asuhan lebih cerdik dan berdikari berbanding duduk dengan bibik. Saya berdoa satu hari nanti, saya diberi kesempatan dan dimurahkan rezeki untuk duduk di rumah memegang status suri rumah sepenuh masa dan penulis sepenuh masa. Waktu itu, insya allah saya tidak perlu terkejar-kejar membahagi masa antara menjadi pekerja dan menjadi mama.

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...