Monday, March 1, 2010

Janji


Saya sudah terlanjur berjanji. Sebuah manuskrip perlu siap menjelang Mei.Sepatutnya menyiapkan manuskrip itu tidak terlalu payah. Semuanya sudah siap terperam dalam akal hanya menanti masa untuk menjalinkan setiap patah kata menjadi baris ayat kemudian ayat menjadi perenggan.

Namun kali ini susah benar mahu menyiapkannya. Terasa susah seperti menyiapkan "Rawan" - manuskrip untuk Sayembara Fiksyen Sains dan Teknolgi UTM-Kumpulan Utusan (eh, apa khabar sayembara itu ya? :)

Banyak kali kerja-kerja penulisan saya terganggu. Banyak kali tertunda. Bukan sebab malas atau tiada mood atau tiada ilham, tetapi terganggu dengan isu-isu lain


Azam menyiapkan manuskrip menjelang Mei sangat besar, apatah lagi saya sudah mendapat jawapan atas semua gangguan itu. Janji mesti dikota.

Terima kasih tuhan.

3 comments:

Lily Haslina Nasir said...

Salam... jangan berhenti menulis... tulisah hafizah sangat sangat sangat bagus.. rugi jadi wartawan kalau tak catat dan rakam segala pengalaman untuk dijadikan novel...

Salina Ibrahim said...

katakan boleh... pasti boleh!

hafizahiszahanid said...

Kak Lily - komen ini membakar semangat saya.. ya tulis mesti tulis... :D

Kak Sal - setiap kali hendak menulis, mesti pergi blog kak sal dan kira novel kak sal yg dah publish.. hahahah.. bukan jeles tetapi nak pinjam semangat! Boleh kan?

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...