Thursday, May 20, 2010

Nilai Kasih Seorang Anak

Seminggu lalu, saya bertemu dengan seorang warga tua. Usianya hampir 70 tahun dan dia adalah antara insan yang terbuang daripada keluarga. Ada anak, tetapi anak tidak mahu padanya lagi.


Dia tidak bisu tetapi dia tidak bercakap. Setiap kali saya bercakap dengannya, dia hanya renung saja. Apabila dia membuka mulut, dia hanya akan cakap "aku hendak pulang" dan itulah ayatnya ulang dan berulang.

Saya temuinya di sebuah rumah persinggahan kelolaan NGO. Dia awalnya mendapat rawatan di hospital kerajaan. Apabila sudah sihat dan sudah dibenarkan keluar, tiada siapa yang menuntutnya.
Apabila pihak hospital menelefon si anak (yang tertera nama, no kad pengenalannya, alamat dan no telefon), no telefon sudah tidak ada dalam perkhidmatan. Cubaan menjejak alamat yang tertulis pun gagal. Rumah itu sudah diduduki oleh orang lain dan khabarnya, rumah itu memang rumah dia sejak dulu. Ini kes tipu alamatlah ni...

Jadi, pak cik itu terdamparlah di rumah jagaan itu sejak setahun lalu. Waktu saya melihat dia, saya teringat ibu bapa di kampung dan opah yang masih sihat walau usia menjangkau 80 tahun. Saya teringat juga pada kucing saya yang namanya Si Pontong.


Untuk mereka yang ada perikemanusiaan, kucing pun tidak sanggup dibuang ke longkang, inikan pula ibu bapa.


Saya terfikir di mana kasih dan sayang anak pak cik itu ? Tidakkah dia berasa sangat berdosa?

3 comments:

Bintang D'hati said...

Rasanya kes anak buang mak ayah lg byk drpd kes mak/ayah buang anak.... Harus pihak bkuasa mencari waris yg tidak b/tggjwb itu sama seperti menyiasat+mencari ibu yg buang anak kan?kan?kan? Pastu cetak besar2 muka diaorg kat paper! ( koma le nak cari penaja ruangan itu hehehehe)

hafizahiszahanid said...

Betul Cik Bintang, sian pak cik tu!
Tapi ada juga kes, anak2 tak mahu ibu bapa sebab masa ibu bapa muda dulu, waktu anak2 kecil, mereka tak peduli anak2. Letak dgn atuk nenek, diorg asyik joli ...
Entahlah.. sendiri mau ingat esok dah mati nak masuk mana, syurga ke neraka... hehehehe

Bintang D'hati said...

Betul betul betul...sbb tu dlm islam ada istilah 'ibu bapa yg durhaka kpd anak' tp org kita tutup mata je. ... Kalau isu anak durhaka semua celik mata luas2 tmasuk mulut sekali mengomel mcm2. Kena buat artikel ni,ibu bapa wpun diletakkan darjat tertinggi olh allah tp tidak bmakna mereka bebas drpd dosa thadap anak2. Tidak mberi anak2 nama yg baik pun slh 1 dosa/petanda kejahilan ibu bapa..hmm..panjang lak ceramah hehehe

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...