Gambar ini hiasan saja untuk menunjukkan tudung gaya arab. Tiada kaitan dengan modelnya.
Namun, dalam Islam tiada langsung timbul tentang isu darjat. Manusia semuanya sama di sisi Tuhan. Hanya iman yang memisahkan kedudukan kita di sisi tuhan.
Dalam masyarakat Arab dulu kala, ada satu trend pemakaian tudung dengan sanggul tinggi. Kata seorang kawan lepasan Universiti Al- Azhar, trend pemakaian tudung bersanggul tinggi itu ukuran darjat. Makin tinggi darjatnya, makin tinggi sanggul tudungnya.
Namun, dalam Islam tiada langsung timbul tentang isu darjat. Manusia semuanya sama di sisi Tuhan. Hanya iman yang memisahkan kedudukan kita di sisi tuhan.
Saya bukanlah pandai sangat bab-bab agama. Ada juga yang saya 'terkantoi'. Namun, agama itu asasnya nasihat menasihati. Kalau tidak salah saya banyak hadis yang menceritakan tentang bertudung tapi bersanggul tinggi ini. Antaranya yang ini;
“ Ada dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – hadis riwayat Muslim.
Jadi, daripada tidak tahu kita sudah tahu. Sama-samalah kita fikirkan. Jangan kerana mengikut trend, kita mengadai pula kepercayaan dalam beragama. Mungkin ada yang akan berkata, lebih baik daripada tidak bertudung. Betul, tapi kalau sudah memilih untuk bertudung mengapa tidak lakukan sesempurna mungkin, bukan?
2 comments:
macam mana dengan seorang selebriti tu yang memakai tudung seperti hendak tak ndak..nampak jelas rambut depannya..kadang2 ada pulak fesyennya macam biarawati. Dah ada orang ngikut tau..
Setuju! ... Dan ramai juga yg btudung tp pakai t shirt yg maha ketat n bukaan leher yg maha luas sampai nampak segala yg sepatutnya dilindungi,blm cite seluar maha sendat lg... Pakai tudung litup tp tgk kat lengan/bahu blh nampak parut suntikan BCG zaman sekolah dulu..auuwww! Ken yu imejin det? Hehehehe
Post a Comment