Kabul In Winter
Permulaan kisah ini sangat menarik hati saya. Kisah ini dimulakan dengan catatan perjalanan seorang wartawan ke Kabul.
Ia bukan novel, tapi sebuah catatan seorang wartawan Amerika, Ann Jones ke Kabul selepas tragedi 9/11.
Kisah bagaimana dia tercari-cari pesawat untuk ke Kabul, bagaimana layanan orang lelaki terhadap perempuan. Betul, di sesetengah negara Islam kita tidak boleh nafikan hak seorang perempuan masih tidak dihormati meskipun Islam tidak pernah mendiskriminasi seorang perempuan.
Kabul In Winter jujurnya banyak mempengaruhi penulisan novel ke empat dan ke lima saya, Sehiris Bulan & Deru Angin.
Seperti juga The BookSeller of Kabul, buku ini merakam suka duka kehidupan harian orang Afghanistan. Saya jumpa buku ini di gerai buku terpakai.
Tapi sayang, saya hilang buku ini gara-gara meminjamkannya kepada rakan. Saya berdoa, kawan saya itu diberikan petunjuk dan hidayah untuk memulangkan buku ini semula. Sesungguhnya saya berharap, sebab saya tidak berjumpa lagi buku ini di mana-mana kedai buku setakat ini.
Dan ikrar saya, tidak mahu beri pinjam buku-buku pada orang lain... (halalkah ikrar begitu?)
Selamat membaca!
* Ya, ini bukan review ini rayuan untuk pulangkan buku, tolong!
2 comments:
Salam, yong. Buku bookseller of kabul tu kalau tak salah saya pernah nampak di bookxcess. Di bahagian biografi sebelah belakang.
Saya kurang baca novel2 dengan latar timur sebelah sana, ada dua je yang berjaya - a thousand splendid sun dan karnak cafe. Lepas ni bolehlah cuba baca cerita2 di kabul pulak :)
Memang le pun.. BookSeller of Kabul udah diulas pada entri lepas.
Buku tu tak sama dengan buku Kabul in Winter ni.
Kalau ada jumpa buku Kabul in Winter ni kat mana-mana, kabo ke teman ye..
Post a Comment