The White Mughals adalah buku pertama tulisan William Dalrymple (susahnya nak eja.. ) yang saya baca. Ia bukan buku fiksyen tetapi buku sejarah awal hubungan antara British dan India.
Saya ingat pertama kali bertemu dengan buku ini di Jakarta, dan buku ini dalam versi bahasa Indonesia. Kalau tidak silap harganya RM8. Saya tertarik dengan blurp buku dan atas nasihat seorang kawan saya beli. Katanya, kalau bagus, nanti carilah dalam versi asalnya.
Tapi sungguh saya tak beli pun sebab tak jumpa.
Usai menelaah The White Mughals saya jatuh cinta dengan tulisan Dalrymple. Saya membeli pula The Last Mughal kali ini dalam bahasa Inggeris. Buku ini masih cantik dalam plastik dan belum dibaca.
Saya tidak pasti dengan pembaca lain, tetapi saya secara peribadi sangat teruja dengan buku-buku sejarah terutama isu-isu yang menyentuh hubungan antarabangsa. Pengalaman membaca buku-buku begini seingat saya akan membuatkan saya resah sepanjang hari kalau tidak dihabiskan.
Namun jujurnya, saya tidak mampu hendak menghabiskan dalam masa seminggu. Biasanya lebih dari sebulan! Jadi, pengalaman membaca buku-buku begini sangat menyeksakan tetapi pada akhir pembacaan ia melahirkan nikmat yang amat.
Ok, terlebih intro .. :)
The White Mughal kisah antara pegawai British di India Kapten James Kirkpatrick (saya baca buku ini pada tahun 2011 dan mengambil masa dua tahun untuk review ) dengan gadis bangsawan beragama Islam bernama Khairun-Nisa.
Selain isu hubungan antarabangsa ada banyak persoalan agama di sini. Saya pasti penulisnya merakamkan hubungan Kirkpatrick dengan Khairun-Nisa mengikut pandangannya dan hasil kajiannya. Jadi, mungkin dia tidak jumpa data-data tentang agama keturunan pasangan ini.
Hubungan itu terhalang kerana faktor kepentingan British di India juga kedudukan keluarga Khairun-Nisa tetapi akhirnya berjaya kahwin dan bla bla bla.. tapi pasangan ini meninggal dunia pada masa yang muda dan anak-anak mereka dibawa ke England dan di'Inggeriskan'.
Kisah hubungan cinta ini adalah nadi The White Mughals. Namun, kisah persekitaran kehidupan mereka ketika itu sangat menarik. Biarpun ia merakam kisah cinta tragik Kirkpatrick dan Khairun-Nisa, strategi penjajahan British dan perlaksanaannya oleh Kirkpatrik sangat berbeza. Kirkpatrik menunjukkan simpati yang berlebihan kepada Nizam of Hyderabad, sesuatu yang tidak begitu digemari oleh East India Company.
Liciknya strategi perang, pertahanan British terserlah dalam naskhah ini. Saya menyarankan buku ini wajib dibaca oleh anda yang gemarkan isu-isu hubungan antarabangsa/strategik analisa dan sejarah.
No comments:
Post a Comment