Monday, November 25, 2013

Lelaki Januari - Bab 5








inazuma no
kaina wo karan
kusamakura

lend me your arms,
fast as thunderbolts,
for a pillow on my journey.

Hendrik Doeff (1764–1837),
 

Sunday, November 10, 2013

Perkongsian Tips Menulis







Berkarya kreatif ini sebenarnya penat. Tapi nikmat!

Penat sebab perlu banyak membaca dan membuat rujukan sebelum menyiapkan manuskrip. Kalau novel yang serius, selalunya mengambil masa yang bertahun-tahun jugalah hendak buat kajian.

Soal masa tentunya punca. Kerjaya, keluarga dan masa-masa santai hujung minggu tidak bolehlah hendak melekap saja di meja komputer. Semua itu mengambil masa, jadi apa yang saya buat dalam seimbangkan semua ini - tugas hakiki sebagai pekerja, isteri, ibu - dan dalam masa yang ketagihan yang kronik untuk menulis ?

Saya buat begini;


1) Tulis benda mudah yang dekat dengan kita.Misalnya, kalau memang sukakan sejarah dan sebahagian besar koleksi bacaan di rumah itu adalah buku-buku sejarah, manafaatkan. 
 1.1 Tulis dulu apa yang ada dalam arkib ingatan
 1.2 Kalau tersekat atau mahukan kepastian, rujuklah pada buku atau encik Google.


2) Kalau karya popular, mungkin tidak perlu banyak rujukan dan kajian. Namun tidaklah pula kita boleh menulis merapu-rapu hingga tahap pembaca muak bukan? Sedikit sebanyak kita hendaklah tahu. Misalnya kalau kisah setiausaha, tak mungkin kerja setiausaha itu menjawab telefon atau mengatur temujanji bos sahaja kan ?
  1.1 Tulis perihal kerjaya yang kita tahu/dekat dengan kita. 
  1.2 Lakukan kajian ringkas, tanya orang, baca buku/ laman web atau mungkin pengalaman orang lain.


3) Tema. Emm.. mengapa mesti menjadi klise ? Mengapa mesti menulis mengikut trend? Kalau ramai orang sudah menulis tentang A, kenapa kita masih perlu mengulang kisah A kalaupun plot ceritanya berlainan ?  Betul idea boleh sama tetapi pengolahan berbeza, tapi cuba bayangkan, apa lagi yang mahu diceritakan tentang A, kalau sudah ada puluhan penulis yang lain mengangkat tema yang sama. Mengapa tidak cuba B atau C ?
  1.1 Kita mudah terpengaruh dengan buku atau novel yang kita baca lalu menulis sesuatu yang sama. Dalam hal begini, pastikan kita tidak menyalin atau mencedok bulat-bulat cuma ubah nama saja. Tak usahlah begitu. Mungkin sedikit pengaruh itu dimaafkan. 
  Tapi kalau berlakupun tidak mengapalah, anggap saja ia perjalanan dalam mematangkan diri sebagai penulis. Umumnya, ia berlaku setakat novel ketiga, masuk novel keempat, percayalah anda yang bergelar novelis mula terfikirkan identiti pengkaryaan sendiri.
   1.2 Banyakkan membaca. Bacaan yang banyak, meluaskan pengetahuan dan pengalaman. Jangan sekat diri anda dengan membaca novel semata, mungkin boleh baca buku agama, motivasi, sejarah, budaya, tamadun dan sebagainya.


4) Mula menulis - bila ? bagaimana

Bila - untuk saya pada setiap masa berkelapangan. Masa rehat/makan tengahari misalnya. Datang awal, sebelum waktu pejabat bermula. Atau sejam dua sebelum solat subuh. Saya tidak suka berjaga sampai jauh malam, sebab ada baby yang memerlukan perhatian. 

Bagaimana - ramai orang kata mulakan dengan sebaris ayat. Saya memulakan dengan memasukkan semua dapatan-dapatan kajian sebelum merangka cerita. Oh ya, saya tidak menyusun kisah bab ke bab atau plot ke plot. Saya sekadar membiarkan ia mengalir bagai air.


* Ok, ini hanya perkongsian dari penulis kecil. Setiap orang ada cara dan selera sendiri. Kerja kreatif tiada satu parameter yang tepat, ia berlangsung mengikut kesesuaian dan kebiasaan pengkarya.

Sekadar perkongsian untuk yang mahu menulis karya pertama. Selamat menulis :)





Thursday, November 7, 2013

Menanti Lelaki Januari




Lelaki Januari sudah selamat tiba ke tangan penerbit dan insya allah akan diterbitkan Januari nanti.

Untuk pembaca dan kawan-kawan yang biasa membaca karya saya kerana terpengaruh dengan info di sebelah kiri itu, Lelaki Januari tidak mengandungi apa-apa yang seumpamanya.

Ia adalah karya saya untuk pasaran semasa, yang tidak berkait dengan idealisme atau perjuangan apa-apa pun melainkan perjuangan memartabatkan wanita.

Ya, saya ini penulis kecil sahaja tetapi saya percaya seorang wanita itu seharusnya diletakkan ditempat sepatutnya bukan sebagai menantu yang harus dibelasah sedapatnya oleh mentua :)

Dengan erti kata lainnya, kalau mahu yang sarat-sarat dan pekat likat idealisme itu, carilah karya yang ditulis khusus untuk sayembara sastera atau mungkin terbitan  ITBM atau DBP.

Saya suka menulis, dan saya akan terus menulis dan saya percaya pembaca novel Melayu semakin bijak dan matang.

Terima kasih kerana sudi membaca karya saya. Tanpa anda yang sudi membeli, membaca, mengkritik dan sudi juga hantar mesej berjela di FB memberitahu apa yang bagus dan tidak bagus, saya sangat-sangat berterima kasih.

Tahu tak, kerana komen-komen anda itu buat saya jadi semangat sekali untuk terus menulis !


Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...