Thursday, November 7, 2013
Menanti Lelaki Januari
Lelaki Januari sudah selamat tiba ke tangan penerbit dan insya allah akan diterbitkan Januari nanti.
Untuk pembaca dan kawan-kawan yang biasa membaca karya saya kerana terpengaruh dengan info di sebelah kiri itu, Lelaki Januari tidak mengandungi apa-apa yang seumpamanya.
Ia adalah karya saya untuk pasaran semasa, yang tidak berkait dengan idealisme atau perjuangan apa-apa pun melainkan perjuangan memartabatkan wanita.
Ya, saya ini penulis kecil sahaja tetapi saya percaya seorang wanita itu seharusnya diletakkan ditempat sepatutnya bukan sebagai menantu yang harus dibelasah sedapatnya oleh mentua :)
Dengan erti kata lainnya, kalau mahu yang sarat-sarat dan pekat likat idealisme itu, carilah karya yang ditulis khusus untuk sayembara sastera atau mungkin terbitan ITBM atau DBP.
Saya suka menulis, dan saya akan terus menulis dan saya percaya pembaca novel Melayu semakin bijak dan matang.
Terima kasih kerana sudi membaca karya saya. Tanpa anda yang sudi membeli, membaca, mengkritik dan sudi juga hantar mesej berjela di FB memberitahu apa yang bagus dan tidak bagus, saya sangat-sangat berterima kasih.
Tahu tak, kerana komen-komen anda itu buat saya jadi semangat sekali untuk terus menulis !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bukan Wanita Biasa
KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera. Mei 11, 2020 09:00 +08 | Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...
-
Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...
-
Isu yang dibawa dalam novel Perang Sangkil tulisan Akiya ini adalah isu yang sangat besar. Ia adalah kisah yang tercicir dalam put...
No comments:
Post a Comment