Berkarya kreatif ini sebenarnya penat. Tapi nikmat!
Penat
sebab perlu banyak membaca dan membuat rujukan sebelum menyiapkan
manuskrip. Kalau novel yang serius, selalunya mengambil masa yang
bertahun-tahun jugalah hendak buat kajian.
Soal masa
tentunya punca. Kerjaya, keluarga dan masa-masa santai hujung minggu
tidak bolehlah hendak melekap saja di meja komputer. Semua itu mengambil
masa, jadi apa yang saya buat dalam seimbangkan semua ini - tugas
hakiki sebagai pekerja, isteri, ibu - dan dalam masa yang ketagihan yang kronik untuk menulis ?
Saya buat begini;
1) Tulis benda mudah yang dekat dengan kita.Misalnya, kalau memang sukakan sejarah dan sebahagian besar koleksi bacaan di rumah itu adalah buku-buku sejarah, manafaatkan.
1.1 Tulis dulu apa yang ada dalam arkib ingatan
1.2 Kalau tersekat atau mahukan kepastian, rujuklah pada buku atau encik Google.
2)
Kalau karya popular, mungkin tidak perlu banyak rujukan dan kajian. Namun tidaklah pula kita boleh menulis merapu-rapu hingga tahap pembaca
muak bukan? Sedikit sebanyak kita hendaklah tahu. Misalnya kalau kisah
setiausaha, tak mungkin kerja setiausaha itu menjawab telefon atau
mengatur temujanji bos sahaja kan ?
1.1 Tulis perihal kerjaya yang kita tahu/dekat dengan kita.
1.2 Lakukan kajian ringkas, tanya orang, baca buku/ laman web atau mungkin pengalaman orang lain.
3) Tema. Emm.. mengapa mesti menjadi klise ? Mengapa mesti menulis mengikut trend?
Kalau ramai orang sudah menulis tentang A, kenapa kita masih perlu
mengulang kisah A kalaupun plot ceritanya berlainan ? Betul idea boleh
sama tetapi pengolahan berbeza, tapi cuba bayangkan, apa lagi yang mahu
diceritakan tentang A, kalau sudah ada puluhan penulis yang lain
mengangkat tema yang sama. Mengapa tidak cuba B atau C ?
1.1 Kita mudah terpengaruh dengan buku atau novel yang kita baca lalu
menulis sesuatu yang sama. Dalam hal begini, pastikan kita tidak
menyalin atau mencedok bulat-bulat cuma ubah nama saja. Tak usahlah
begitu. Mungkin sedikit pengaruh itu dimaafkan.
Tapi kalau
berlakupun tidak mengapalah, anggap saja ia perjalanan dalam mematangkan
diri sebagai penulis. Umumnya, ia berlaku setakat novel ketiga, masuk
novel keempat, percayalah anda yang bergelar novelis mula terfikirkan
identiti pengkaryaan sendiri.
1.2 Banyakkan membaca.
Bacaan yang banyak, meluaskan pengetahuan dan pengalaman. Jangan sekat
diri anda dengan membaca novel semata, mungkin boleh baca buku agama,
motivasi, sejarah, budaya, tamadun dan sebagainya.
4) Mula menulis - bila ? bagaimana
Bila
- untuk saya pada setiap masa berkelapangan. Masa rehat/makan tengahari
misalnya. Datang awal, sebelum waktu pejabat bermula. Atau sejam dua
sebelum solat subuh. Saya tidak suka berjaga sampai jauh malam, sebab
ada baby yang memerlukan perhatian.
Bagaimana - ramai orang kata
mulakan dengan sebaris ayat. Saya memulakan dengan memasukkan semua
dapatan-dapatan kajian sebelum merangka cerita. Oh ya, saya tidak
menyusun kisah bab ke bab atau plot ke plot. Saya sekadar membiarkan ia
mengalir bagai air.
* Ok, ini hanya
perkongsian dari penulis kecil. Setiap orang ada cara dan selera
sendiri. Kerja kreatif tiada satu parameter yang tepat, ia berlangsung
mengikut kesesuaian dan kebiasaan pengkarya.
Sekadar perkongsian untuk yang mahu menulis karya pertama. Selamat menulis :)
2 comments:
Kak Hafizah, terima kasih atas perkongsian ilmunya. Sangat membantu meningkatkan motivasi untuk saya yang baru nak belajar menulis ni. :)
Nur Suhada : terima kasih juga sudi membaca. semoga membantu. Insya allah, ada usaha ada semangat dan ada izin dari-Nya mesti boleh !
Post a Comment