Thursday, June 18, 2009

Apabila Hilang

Gambar dari sini - Blog www.wirabukit.com


Saya mengumpul banyak juga buku sejak remaja antaranya Salina, Juktaposisi, Pulau Renik Ungu, kumpulan cerpen Sehelai Daun Setitis Embun, Tunggul-Tunggul Gerigis, Cinta Fansuri dan entah apa-apa tajuk lagi.

Semua buku-buku itu menjadi teman sewaktu alam kampus.

Namun malangnya apabila berpindah balik ke Semenanjung, saya tidak banyak pilihan. Di rumah, almari buku sudah penuh dengan buku ahli keluarga yang lain. Jadi, saya selaku 'orang yang baru kembali' perlu beralah dan buku-buku terperuk dalam kotak saja.

Kemudian, tidak lama selepas bergraduan saya bekerja dan berhijrah. Kerana saya waktu itu duduk di rumah bujang, tidak banyak buku yang boleh saya bawa bersama.

Kebetulan rumah di kampung menjalani pengubahsuaian selain saudara mara yang suka meminjam buku tetapi tidak pula tahu memulangkan menjadikan semua koleksi saya hilang -terbang entah ke mana-mana.

Saya selalu dihambat rasa menyesal sebab tidak bawa buku-buku itu ke rumah sewa. Menyesal juga memberi pinjam pada saudara mara. Sebab tidak ada sebuah pun daripada judul-judul di atas dalam simpanan saya kini.

Mendapatkan kembali buku-buku memang sukar. Mungkin saya boleh jumpa Salina tetapi tidak Sehelai Daun Setitis Embun.

Mungkin saya boleh jumpa Cinta Fansuri tetapi rasanya tidak Juktaposisi. Betapa ralatnya saya.

3 comments:

Shasha said...

Len kali make sure jadi 'kedekut' sebelum hilang harta kesayangan...

hafizahiszahanid said...

Kak Chik,
Betul. Lepas ni kena belajar jadi kedekut :D

ennieva fauzi said...

Tengah menmcari2 buku Shahnon Ahmad, Ibu, pentafsir & Sungai..tak pernah berjumpa di mana2 pun. Novel itu sangat sedih. Berlinang air mata kala membacanya. Sesiapa yang pernah berjumpa, beritau ye...

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...