Friday, June 12, 2009

Belajar berhubung Dengan Manusia !

Kalau berurusan dengan orang yang memiliki skil perhubungan awam (PR) yang baik, rasanya kerja memang sangat mudah. Dulu, orang yang bekerja di jabatan kerajaan selalu dianggap kurang PR terutama yang bekerja di kaunter. Namun sekarang banyak perubahan. Saya kenal ramai kakitangan kerajaan yang memiliki skil PR yang cukup baik.

Saya dan anda juga tentu alah dengan mereka yang kurang skill PR. Selama saya bekerja saya kerap berjumpa dan berurusan dengan mereka yang kurang skill PR atau dengan bahasa mudah, tiada adab.

Kes 1

Ada seorang hamba Allah ni, saya dan sekumpulan wartawan lain menemubual dia berikutan pembedahan * * * berjaya. Semasa temubual itu bertukar-tukar kad perniagaan itu memang rutin.

Dua bulan selepas itu hamba Allah ini telefon ke pejabat mencari saya. Tanpa salam, dia menyumpah seranah saya berbakul-bakul katanya saya wartawan tiada etika. Sebabnya kata dia saya berjanji hendak berikan salinan majalah kisah dia yang saya tulis. Dua bulan dia tunggu saya tak kirim, katanya.

Saya cakap, pak cik, saya kerja dengan akhbar harian *** bukan Majalah *** seperti yang pak cik cakap.

Dia jawab, eh ye ke? Bukan awak yang berjanji?
Bukan Pak cik..
Awak bukan **** dari Majalah ***
Bukan, nama saya ( seperti yang tertera di atas) dan bekerja dengan akhbar harian. Saya tidak
terbabit dengan mana-mana majalah. Dan saya tak pernah berjanji nak kirim apa-apa pada pak cik.
Dia terus cakap ... oooooo..

Saya pun ambil kesempatan membahasakan dia (heheheh), pak cik kalau nak marah pun,
marah lah orang yang betul. Jangan main hentam saja.

Kes 2

Ada pemanggil telefon ke pejabat mencari wartawan ***. Saya angkat panggilan itu sebab telefon berkenaan memang di sebelah saya. Tahu apa dia kata.

"Hey, wartawan *** mana?,"

Saya tarik nafas dan cakap, assalamualaikum encik, boleh saya bantu? Dia malu-malu (berdasarkan perubahan nada suara) menjawab salam saya dan berkata 'boleh saya cakap dengan *****?

Saja jer nak bagi dia terasa :D !

Kes 3

Ha, ini kes membabitkan wartawan baru. Dia baru masuk ke dunia kewartawanan. Dia telefon dan hendak bercakap dengan rakan setugas. Mukadimahnya begini,

Hey, ** ada.. **

Malang betul sebab saya yang angkat telefon itu ! Saya tak balas pun kata-kata dia dan terus bagi ganggang telefon pada wartawan yang dia cari.

Banyak lagi contoh orang kurang skill PR ni, tapi tiga ini yang paling lazim. Aduh.. tolonglah belajar PR encik-encik sekalian. Sebab 'human skills' begini akan menyentuh hati orang di sudut paling dalam dan secara tak langsung memudahkan urusan.

Dulu, saya kurang senyum (kebetulan riak wajah pun serius) boss saya selalu tegur, hoi.. sapa mati? Kau tak boleh senyum ke, serius betul! Hehehe.. sejak itu saya belajar senyum. Senyum itu sedekah...

4 comments:

Unknown said...

Macam bukan masalah PR sahaja, itu kes masalah "tidak pandai berbual di telefon" kot! haha.

hafizahiszahanid said...

Anuar,

ha, lebih kuranglah ... :D

Shasha said...

Amboii skimanya jawapan..kiranya awak ni kategori yang sangat baik hati sebab masih lagi sabar nak layan orang yang tak ada adab atau terkurang adabnya...kalau kita, kita akan cakap, .."Ya, Balai Polis Jinjang, mau buat report ke?" atau kalau hari kita pun hangen...kita cakap " Allo...kedai keranda Ah Long, mau order coffin kaa..."..kan kasi ajar sket orang cenggitu...huhu...hangen tau..

hafizahiszahanid said...

Kak Chik
Heheh.. saya tak tergamak pulak nak berbahasa lebih-lebih. Iyalah perempuan Melayu kena jaga tatasusila kan... muhahahhaha... phewittt!

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...