Saturday, September 5, 2009

Iklan berbahasa Melayu di akhbar bahasa Melayu

Add Video

Ada satu iklan sempena Matta Fair dicetak di akhbar bahasa Melayu dan ditulis begini;

"Sejak Dinasti Shilla (1000) tahun lalu, Korea sudah mengadakan pertukaran kebudayaan bersama Islam. Hari ini , kamu akan menemui masjid-masjid terbina untuk bersembahyang di kota-kota utama Korea. Korea mengalu-alukan kedatanganmu seperti rakan lama yang sudah berkenal beribu-ribu tahun,"

".......... di Matta Fair akan PERCUMA Teh Ginseng dan produk-produk perawatan kulit! Selain ini, juga akan berpeluang memenangi hadiah ....."

Aduhai, saya rasa geram ya amat.

Ini bukan karya kreatif tetapi IKLAN. Jadi apa yang hendak disampaikan?

Selain kempen melancong ke Korea, ia juga sebenarnya menunjukkan kedaifan dalam berbahasa Melayu. Penterjemahan yang sungguh menjelaskan, ketidakmahirannya menguasai bahasa Melayu.

Saya fikir perlu ada penguatkuasa bahasa bertugas di bahagian pemasaran dan pengiklanan.

2 comments:

Bintang D'hati said...

Salam,khabarnya bahasa melayu dimartabatkan...mungkin khabar ini sekadar penyedap hati? Hmm...xde pula pakar bahasa yg meroyan bila tgk isu ni... Lbh meroyan bila isu matematik dan sains dlm bhs inggeris dimansuhkan..sbr je la

hafizahiszahanid said...

Bintang D'hati :

heheh.. saya suka komen awak! Ya,
betul sekali...!

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...