Monday, November 30, 2009

Wajah-Wajah Pagalungan


Dari sini, masih perlu berbot 45 minit sebelum sampai ke Pagalungan.





Anak manis Pagalungan




Perjalanan jauh yang menguji minda dan mendebarkan dada




Saya di sini, beberapa minggu lalu. Mengikut Mercy atas tajaan UMW jauh nun di Pensiangan, Sabah. Jauh di hutan Borneo. Saya selalu merasakan sebahagian kecil diri saya masih tertinggal di Borneo, jadi masuk jauh ke tengah hutan, meredah sungai dan tidur dalam beg tidur dan tanpa bekalan asas yang cukup bukanlah satu beban sebaliknya satu keindahan. Saya aneh? hehehhe.. saya suka menjadi aneh untuk cabaran !

Saturday, November 28, 2009

Musim Beku



Pernah anda merasa satu waktu yang akal terlalu buntu untuk memikir dan jari jemari menjadi kaku dan kematu? Waktu itu hadaplah komputer lima enam jam pun, langsung satu ayat tidak akan tercetak.

Dan kebelakangan ini, itu yang saya rasa. Mujur saya tidak merasa demikian waktu menghadap kerja harian, kalau tidak bertambah hebat 'kebekuan' yang saya hadap.

Pernah saya berlawak dengan seorang editor, agaknya saya sudah terkena sumpahan! Tapi dia kemudian bercerita pengalamannya dan kisah-kisah beberapa penulis ternama yang tidak mampu menulis atau menghasilkan karya-karya yang kurang hebat berbanding zaman gemilangnya.

Walaupun cerita itu mungkin betul dan jujur dari editor itu, tapi saya tergelak sebab saya merasakan, contohnya itu tidak sepadan dengan saya. Saya agak baru dalam dunia penulisan ini. Masih banyak yang perlu saya pelajari. Jadi meletakkan diri saya dengan contoh-contoh itu pun rasanya saya belum layak.

II

Seorang kawan mengulas 'Tanpa Selamat Tinggal" antara lain dia berpendapat,


Kenapa nak tulis tentang isu lelaki yang tak dapat terima perempuan yang lebih tinggi pendidikan atau pendapatan? ia isu remeh. Tulislah sesuatu yang lebih bersifat sejagat dan yang hebat-hebat.

Saya tidak mahu menjawab. Untuk saya, menulis yang hebat tanpa mampu dicerna pembaca, saya gagal sebenarnya. Atau sebenarnya pendekatan dalam penulisan akhbar yang menjadikan saya begitu? Misalnya menulis perkataan-perkataan baru yang sudah diterima oleh kamus DBP adalah sesuatu yang tidak digalakkan kerana pembaca tak faham.

Adakah saya sudah terkena penyakit yang sama?



Monday, November 23, 2009

Kite Runner Yang Belum Habis Baca ..




Saya sedang berusaha menghabiskan The Kite Runner... ya lama betulkan mengambil masa nak menghabiskan novel ini. Belum pertengahan novel pun, jauh lagi untuk habis. Dalam masa yang sama saya sibuk membaca The Nadia Song.

Tamak haloba betul kan? hahahhaa.. saya tahu...

Tapi selalunya tak sempat nak habis sebab ada kerja-kerja lain nak dibuat selain saya juga perlu membaca buku-buku lain yang berkaitan dengan tugas hakiki.

Jadinya The Kite Runner tu saya sentuh hujung minggu, waktu malam sebelum tidur dan selalunya tak sampai tiga muka surat saya pun dah zzzzzzz...

Tapi The Kite Runner sudah difilemkan jadi rasanya saya perlu tutup saja buku itu dan tonton saja filemnya.


II

Pembantu rumah saya sudah tamat kontrak dan akan pulang ke Bandung. Saya tidak bercadang hendak mengambil pembantu baru. Anak-anak akan ditempatkan di pusat jagaan harian dan bermulalah episod berdikari dalam hidup mereka.

Si abang ok saja, si kakak tak sedih tapi berpesan, mama ambil bibik baru, ambil yang cantik sikit! Heheh.. bahaya tu!


Saturday, November 21, 2009

Menjadi Kita.



Saya tak pernah sampai ke Janda Baik, Bentong Pahang. Namun hari ini saya sampai juga kerana amanah. Namun berbaloi juga meredah gerimis tengahari ke Janda Baik.

Walau dalam perjalananan gerimis bertukar menjadi hujan lebat, tetapi kabus yang membalut seluruh wajah Janda Baik menjadi saya teruja pulak.


Bak kata mak menteri yang saya jejaki langkahnya ke situ (atas tuntutan kerja) ini mesti pengalaman pertama kali ke Janda Baik.


Bagusnya, selepas tugasan, mak menteri menjemput pula kami minum kopi panas di rumahnya yang tidak jauh dari situ. Rumah dengan seni bina bali dengan dingin hujan, aduh... hati cepat saja terpaut.


II

Insya Allah, jika tiada halangan novel ketiga akan muncul sebelum Januari.Membaca deraf akhir yang dikirim editor semalam, hati saya puas sungguh. Terasa lapang dada dan berbangga melihat hasil kerja diterima juga.

Kali ini, saya menulis dengan pengambilan kira faktor keliling. Ia masih berlingkar kisah cinta dan kasih sayang kerana saya percaya itulah rencah paling berperisa dalam hidup ini.

Namun, ia bukan kisah cinta berliku, tragik dan penuh sedih.
Ia kisah cinta biasa yang diadun dengan realiti kehidupan. Jadi babak cinta itu rasanya ada di permulaan cerita, di akhir dan berselang seli sedikit di pertengahan.

Begitupun, saya masih berlindung dibalik nama altar ego.. hahahaha.. tiada nama sebenar di kulit novel. Kenapa? Tak perlulah saya jawab. Tapi kalau hendak tahu nama apanya tunggulah nanti, akan saya terbitkan di blog ini begitu juga gambar kulit novel.

Walau apapun namanya, ia masih novel saya dan tulisan saya. Saya terlalu berharap anda sudi memberi pandangan, kritikan (pedas, sinis atau manis) dan menjadi rakan yang sudi memberi saya sokongan untuk terus menulis. Jadi, tunggu tau!

Tuesday, November 3, 2009

Tanpa Selamat Tinggal, sesudah tiga tahun.



Tanpa Selamat Tinggal ~ cerpen ini saya tulis sekitar akhir 2006 - awal 2007 dan ketika itu juga saya e-mel kepada editor Dewan Sastera. Waktu itu TC masih sebahagian daripada DS.

Tiga tahun kemudian, Tanpa Selamat Tinggal disiarkan dalam TC, November 2009.
Saya berfikir, Tanpa Selamat Tinggal sudah berkubur tanpa nesan dan sungguh saya sudah melupakannya.

Terima kasih untuk Bonda Ani kerana memberi saya ruang dalam TC walaupun sesudah tiga tahun menanti. Apa yang penting, ia diterbitkan.


Jadi, kalau ada penulis yang mengeluh mengapa karyanya tidak disiarkan selepas enam minggu atau enam bulan dihantar, ketahuilah saya menunggu lebih lama, tiga tahun!

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...