Saturday, November 28, 2009

Musim Beku



Pernah anda merasa satu waktu yang akal terlalu buntu untuk memikir dan jari jemari menjadi kaku dan kematu? Waktu itu hadaplah komputer lima enam jam pun, langsung satu ayat tidak akan tercetak.

Dan kebelakangan ini, itu yang saya rasa. Mujur saya tidak merasa demikian waktu menghadap kerja harian, kalau tidak bertambah hebat 'kebekuan' yang saya hadap.

Pernah saya berlawak dengan seorang editor, agaknya saya sudah terkena sumpahan! Tapi dia kemudian bercerita pengalamannya dan kisah-kisah beberapa penulis ternama yang tidak mampu menulis atau menghasilkan karya-karya yang kurang hebat berbanding zaman gemilangnya.

Walaupun cerita itu mungkin betul dan jujur dari editor itu, tapi saya tergelak sebab saya merasakan, contohnya itu tidak sepadan dengan saya. Saya agak baru dalam dunia penulisan ini. Masih banyak yang perlu saya pelajari. Jadi meletakkan diri saya dengan contoh-contoh itu pun rasanya saya belum layak.

II

Seorang kawan mengulas 'Tanpa Selamat Tinggal" antara lain dia berpendapat,


Kenapa nak tulis tentang isu lelaki yang tak dapat terima perempuan yang lebih tinggi pendidikan atau pendapatan? ia isu remeh. Tulislah sesuatu yang lebih bersifat sejagat dan yang hebat-hebat.

Saya tidak mahu menjawab. Untuk saya, menulis yang hebat tanpa mampu dicerna pembaca, saya gagal sebenarnya. Atau sebenarnya pendekatan dalam penulisan akhbar yang menjadikan saya begitu? Misalnya menulis perkataan-perkataan baru yang sudah diterima oleh kamus DBP adalah sesuatu yang tidak digalakkan kerana pembaca tak faham.

Adakah saya sudah terkena penyakit yang sama?



10 comments:

Bintang D'hati said...

Salam fiza, siapa kata isu lelaki xblh terima hakikat wanita bkedudukan/bpangkat lbh tinggi isu remeh? Skrg ni semua melaungkan hak sama rata bg semua jantina dan ramai ckp pemikiran org kita dah jauh tbuka,xde lg isu lelaki camtu. Hakikatnya perkara tu mcm api dlm sekam,makan dlm diam! Btl x?
Hmm..pasal beku ilham tu ( writers block kata omputeh),saye pnh hadapi perkara yg sama.. Saye 'beku' sejak tahun 94-2007,kronik kan? Tahun 2008 baru ada sedikit kekuatan utk pegang pen dan picit keypad hp( saye ni guna mobile internet je ),saye mula merangkak utk menulis semula dgn hati penuh ragu2,rasa mcm serba xmenjadi je puisi2 saye huhuhu( sampai skrg msh rasa yg sama tp saye 'paksa' diri saye )
saye dah jumpa teknik paling berkesan untuk 'paksa' ilham dtg hehehe .nak tahu? Sediakan hati nyamuk 7 dulang ! Ekekeke

Shasha said...

ouchhh...saya pun beku...teramat beku kini...ntah kenapa...bukan saja jari jemari yang beku dan kaku..hati juga sejuk seperti ais, tiada darah yang mengalir...saya teringin memiliki hati yang sentiasa hangat dengan perasaan tetapi hampa..saya tahu...hati saya bukan pualam tetapi kenapa jejari saya kaku dan sunyi seperti ranting kering x berdaun sejak akhir-akhir ini..

Bintang D'hati said...

Hmm..bercintalah.. Bercinta dgn alam,dgn bantal,dgn piring kuih,cwn kopi,lantai...dgn segalanya.. Pasti hati dan dunia hangat semula

hafizahiszahanid said...

Cik Bintang - emmm... saya suka dgn semangat itu bak bintang-bintang di langit, banyak bercahaya tapi sukar nak mencapainya hehhee..
Tapi melihat cahaya itu pun dah cukup menguatkan semangat kan?

Kak chik - hati bukan pualam.. ya ... betul sebab hati bukan saja mahu cantik diluar tapi juga di dalam.
Bercintalah... bak kata cik bintang, bercinta dgn lap top dgn set pinggan mangkuk.. hahahaha

Bintang D'hati said...

Fiza...sbnrnya dah lama saye xberapa gemar dgn karya2 yg sarat dgn ayat2 atau pkataan yg susah dicerna oleh minda,tp itulah karya yg diangkat sbg karya unggul( salah siapa ye?)
ada sorang penulis besar yg saye ikuti karya2 beliau dari umur beliau muda belia.sgt simple karya2 awal beliau tp lekat di hati. Tp makin beliau tua..karya2 beliau jd sgt2 berserabut( tp dikatakan mahakarya! Mungkin inilah tuntutan khalayak sastera kita? Ntahlah)
mungkin ada yg akan katakan saye jumud atau statik pd satu keadaan bila saye ckp camni( dah ada yg kata puunnn). Bg saye xsalah kita blajar dan mengetahui byk perbendaharaan kata baru tapi janganlah sampai karya kita terlalu sarat dgn timbunan kata2 yg hanya kita yg faham tp audien terkial2 nk faham!( susah nk jumpa pembaca novel/puisi/cerpen yg pegang kamus dewan masa baca semua tu huhuhu).

Shasha said...

cik bintang..terima kasih atas nasihat..saya nak bercinta dengan sesuatu yg ada 'perasaaan'..bagaimana ya..bercinta dgn set pinggan...hehe...habis duit kalau tiba-tiba saya jatuh hati pada corelle atau noritake..!cemane tu? o ya saya setuju dgn anda gaya bahasa yang simple lebih mudah meresap rather than bombastik and plastik...

Tuan rumah (fiza)..ada jawapan ke..kenapa badan berpeluh di dalam air? haha...cakap saya merapu-rapu kerana saya dalam usaha memberi nyawa kepada hati beku...

Bintang D'hati said...

Blh je jatuh cinta atau mencintai pinggan mangkuk mahal2 tu..bukan ke org selalu ckp 'mencintai xsemestinya memiliki' ekekeke ( saye tengah kronik mencintai sebuah hp...tp xmampu memiliki lg hehehe) . Sbnrnya..tiap benda hidup atau xbnyawa ada 'perasaan' ,paling tidak ia blh menjadi medium yg mengalirkan perasaan ( mcm bunga,coklat...errr..cincin berlian yg sebesar penumbuk budak ke hehehe) . Love is a 'verb' ,marilah kita mencintai dan mencintai dan mencintai tanpa jemu tanpa syarat! :)

Shasha said...

lahai cik bintang..penyakit kita sama agaknya..saya juga terjatuh suka kepada sebuah benda x bernyawa bernama B****berry..ala-ala ribena berry gitu...nak buat macam mana ya...hari-hari makan muffin blueberry...tersuka la plak benda x bernyawa tu..saya sedang fikir ni bagaimana nak memilikinya...

hafizahiszahanid said...

Cik Bintang & Kak Chik - wah2.. berfalsampah pasal cinta sampai lupa tuan rumah pulak! hahahah
Rasa saya bab berkarya tu terpulang pada penulis sendiri. Penghasilan karya melambangkan kematangan penulis. Penulis muda memang suka bereksperimen dgn bahasa... kalau yg dah lebih usia 20an, karya2nya lebih indah dgn bahasa mudah... tepuk dada tanya selera..
Ehem.. ehem.. novel saya akan keluar pertengahan Disember... :D

Shasha said...

ok, saya nak satu ek..booking!

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...