
Saya sudah lama memiliki novel ini. Rasanya sebaik ia dipasarkan di Malaysia agaknya. Waktu itu saya mula bekerja dan tertarik dengan ringkasan yang saya baca.
Secara ringkas saya tahu tentang A Fine Balance begini -
A Fine Balance buku tulisan Rohinton Mistry yang berlatarkan Mumbai antara tahun 1975 dan 1977. Ada gabungan kisah tentang empat watak dari pelbagai latar – Dina Dalal, Ishvar Darji, Omprakash dan Maneck.
Ia merakam perbuahan dalam masyarakat India sejak merdeka bermula 1947 hingga tahun-tahun pemerintahan Indira Gandhi.
Kenapa tidak buat ringkasan? Sebabnya sejak saya beli, saya tidak pernah khatam. Bukunya tebal dan saya selalu tertangguh-tangguh menghabiskan hingga hilang momentumnya. Rasanya saya perlu baca dari muka surat pertama semula, barulah ada 'feeling'.
Agaknya kalau buku ini boleh bersuara, dia akan kata 'hampehnya' tuan aku! hahahaha..