Thursday, July 30, 2009

'Ah, kita bukan makan babi buat apa nak takut'


Saya panik seketika waktu diminta membuat liputan satu tugasan - di negara belah timur yang saya tidak begitu suka - dan di waktu situasi kesihatan sedunia yang kecoh.

Namun, selepas menolak, mencampur, mendarab dan membahagi selain pandangan-pandangan kawan-kawan sekerja dan boss akhirnya saya kata ya. Tidak pernah sepanjang bertugas saya menjadi keliru sekejap sebegini. Selalunya, bila dapat tugasan di luar negara
excited !


Perkara pertama yang saya terfikir adalah mendapatkan suntikan vaksin selesema bermusim. Tapi ingatan tinggal ingatan, hanya tiga hari sebelum terbang saya mendapatkan suntikan itu. Imuniti sebenarnya belum terbentuk. Sekurang-kurangnya dua minggu sebelum terbang, vaksin perlu diambil. Saya tahu, tapi saya serah saja bahu pada doktor untuk disuntik. Psikologi ...!

Vaksin selesema babi memang belum ada. Paling cepat pun Disember nanti, agaknya bila sampai di Malaysia, entah bagaimana pula kisahnya.

Setakat ini sudah empat orang meninggal dunia kerana selesema babi - dan saya pelik apabila masih ada yang berkata, 'ah, kita bukan makan babi buat apa nak takut'. Alangkah.. alangkah malang kerana ilmu yang sangat cetek.

Selesema babi sekarang bukan urusan babi atau urusan pemakan daging itu. Ia urusan semua kerana ia sudah menjadi penyakit yang boleh berpindah dari manusia kepada manusia dengan sangat cepat.
Sebagai virus baru, bentuknya, sifatnya semuanya masih dalam kajian.

Jadi, janganlah anda berharap doktor di hadapan anda yang anda jumpa di klinik itu tahu semua benda tentang selesema babi. Bukan menghina, tetapi sesiapa yang tidak banyak membaca dan mengikuti perkembangan semasa, mereka tidak banyak tahu walaupun mereka dari latar belakang perubatan. (Jika tidak, mana mungkin Ketua Pengarah Kesihatan membuat kenyataan berikut kan?)

Kunci utama adalah membaca dan mengambil tahu perkembangan semasa. Perkembangan semasa hanya didapati daripada akhbar arus perdana atau laman web yang sewaktu dengannya dan bukan laman web parti politik atau penulis politik.

Dan sebenarnya, satu saja yang saya lihat daripada wabak ini - kiamat semakin dekat dan janji Allah pada kita sudah hampir tiba.
Saya gerun.

Thursday, July 23, 2009

Please, This Is Not Your Game!


عن ابن عمر أن رسول الله صل الله عليه وسلم قال من شرب الخمر فى
الدنيا ثم لم يتب منها حرمها فى الاخرة.
رواه بخاري

Maksudnya: Dari Abdullah Bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Siapa yang minum minuman keras di dunia dan ia tidak bertaubat dari kesalahannya ini, Maka ia tidak akan memperoleh nya nanti di akhirat ~ (Riwayat Bukhari)

"Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka bertanya kamu (Muhammad) mengenai khamar dan judi, katakanlah bahawa pada kedua-duanya dosa yang besar dan bermanfaat kepada manusia tetapi dosa kedua-duanya itu lebih besar daripada manfaat.” ~ Surah Al Baqarah ayat 219


"S
abda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya.” ~ Hadis riwayar Tarmidzi dan Ibn Majah


"Outrageous and unkind. We are mortified that a court would even consider imposing caning on a woman especially when women are exempted from caning under the penal code. The drinking of alcohol SHOULD NOT BE SEEN AS CRIME, MORE SO AS A CRIME that warrants the caning of person. It's not just unkind, its unjust" - Ivy Josiah, Executive Director Women's Aid Organisation (NST 24 July 2009 page 13)


OK, for me, its maybe too harsh for first timer offender, but i could not believe they get this quote from someone who never know what on earth we dealing with (emm.. feminism? oh please) Oh ya, its NST... huhuhuhu.. and oh... I'm part of them indirectly .. that the best part.

Saya teringat menemubual seorang intelektual berbangsa Melayu dan beragama Islam dan waktu dia mengatakan dia Islam dia berkata begini, "i'm Muslim but the liberal one..." sambil tersengih-sengih memandang saya.

"Saya tidak solat tetapi saya mengantikan dengan banyak bersedekah dan amal jariah," kata seorang lagi.

Bolehkah kita memilih untuk menjadi liberal di dalam Islam? Bukankah beragama Islam itu secara mudahnya bermaksud melakukan semua yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang? Dan tiba-tiba ada yang memilih yang mahu menjadi liberal.

Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"

Jadi, apabila kita sendiri mengambil remeh tentang agama sendiri (memilih menjadi liberal?) maka tidak hairanlah orang bukan Islam pun sibuk hendak 'tumpang semangkuk' membuat kenyataan yang dia sendiri tidak faham hujung pangkal, duduk cerita.


Wednesday, July 22, 2009

HSBI ke 12


Ya, terlewat untuk upload gambar HSBI ke 12. Maaflah banyak bebenor keroje yang teman nak buat tak terkejorkan.
Ate, nikmatilah gambo ini. Senarei pemenang rasanye kome semua dah tahu ye..
Tahniah-tahniah untuk semua... ambik berkat, doa bebanyak tahun-tahun depan menangler lagi harapnya :D aminnnn...

Thursday, July 16, 2009

Luka Rindu





Rupanya luka tidak pernah sembuh
Biar malam dan siang bertukar
Musim terus beredar
Dan mawar tidak lagi mekar

Rupanya luka kali kedua
Lebih merah darahnya
Lebih lebat air mata
Lebih bernanah hati yang lara

Rupanya diri tidak pernah kuat
Memegang kata hati
Untuk tidak berpaling lagi
Lewat rindu yang disimpul mati.

Mungkin benar, rindu adalah teman
Luka adalah kawan
sepanjang jalan kehidupan



p/s Saya tidak pernah rasa saya ini pandai menulis puisi! Jadi maaflah jika ia serba tak menjadi :D Puisi ini juga tiada kena mengena dengan penulis, ia hanya fasa cuba-cuba menulis puisi.

Tuesday, July 14, 2009

Cek LHDN Ku Sampai Juga !



Saya tidak suka betul bila perlu mengisi borang cukai pendapatan. Jadi, sejak saya bersuami, dialah hero saya setiap kali saya perlu mengisi semua benda yang remeh temeh itu.

Mujur boleh isytihar dalam talian, jadi saya tidak rasa bersalah sangat mencuri masanya mengisi borang untuk saya.

Namun, saya paling suka mendapat cek pulangan baki terlebih bayar dari LHDN. Setiap hari, bila agak-agak LHDN sudah mula kirimkan cek pada pembayar cukai, saya akan periksa peti surat setiap hari.

Sebabnya, ditakdirkan saya menggajikan seorang pembantu rumah yang tidak rajin memeriksa peti surat. Kerjanya hanya menjaga anak, membasuh baju, menyapu dan mop lantai dan memberi anak-anak makan (yang saya masak di awal pagi atau beli di awal pagi).

Jadi sebab entry ini bukan pasal maid, jadi biarlah dia dengan hidupnya asalkan dia bahagia dan saya pun bahagia.

Saat paling membahagiakan apabila cek LHDN pun sampai semalam selepas tersalah alamat awalnya dan sampai entah ke mana-mana.


Mujur pegawai LHDN yang bertugas sangat prihatin, menelefon saya dan bertanya alamat sebenar. Paling nikmat melihat cek yang berjumlah separuh bulan gaji itu. Wow, memang rezeki.


Emmm.. kata suami, simpan sajalah duit itu dalam ASB atau kalau nak shopping sangat belikan dia jeans denim Levis sehelai, upah mengisi e-filling. Pulak! Isshhh...

Thursday, July 9, 2009

Kisah Natrah

Pic from here


Saya teringat membaca kisah tentang Natrah (Maria Hertogh) waktu kecil dulu (tidak silap masih di sekolah rendah) dalam Dewan Masyarakat. Kalau tidak silap (maklumlah dah lama) nama wartawannya Fatini Yaakob.

Waktu itu saya memang kagum dengan Fatini - mungkin kekaguman itu membekas dan menjadikan saya sebagaimana hari ini.

Kisah Natrah mencuit hati kecil saya sebagai gadis sekolah rendah. Pada waktu itu, saya sangat sedih, bukan saja pada ibu angkatnya Che Aminah binti Mohamed yang sangat sayang padanya tetapi akhirnya terpaksa melepaskan Natrah mengikut keputusan mahkamah. Namun juga pada Natrah sendiri.

Kasihan juga melihat Natrah yang waktu itu sudah pun berkahwin dengan Mansor Adabi (kalau tak silap ) nama ini sentiasa mengingatkan saya pada penyair yang saya kagumi - Imlan Adabi.

Kisahnya Natrah lahir di Jawa tetapi diserahkan kepada Che Aminah sebagai anak angkat pada usia lima tahun. Penyerahan itu menyebabkan Natrah bertukar nama daripada Maria Hertogh kepada Natrah. Dia diIslamkan, pulang ke Kemaman dan Natrah dalam majalah DM itu sangat cantik pada mata kanak-kanak saya.

Bagaimanapun, ada peristiwa yang menyebabkan Natrah ditemui dan akhirnya kes itu dibicarakan di mahkamah waktu keluarga kandungnya menuntut Natrah kembali. Dan akhirnya, menurut DM pada 12 Disember 1950 hukuman dijatuhkan - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya bertukar agama.

Ada rusuhan berlaku di Singapura sebagai rentetan keputusan itu namun saya kurang pasti faktanya.

Namun, saya ingat membaca Natrah kemudian berkahwin dengan lelaki Indonesia dan memulakan hidup sendiri.

Mengapa kisah Natrah di blog kali ini? Saya terdengar orang menyebut nama Natrah dan ingatan saya terjurus pada Natrah yang ini. Mahu tahu lebih lanjut, selak-selaklah DM, untuk keluaran yang ada laporan Natrah mungkin ada di Arkib Negara, saya pun tak tahu.

Thursday, July 2, 2009

Hari Ini Sedihlah...

Ini bukan Min. Ini Goody, peserta rancangan realiti "Big Brother" yang meninggal sebab barah pangkal rahim. pic


Waktu makan tengahari di Hotel "Tarik Orang Tepi Tasik Putrajaya," (hahahaha... Pullman Putrajaya Lakeside Hotel) sembang-sembang dengan seorang kawan dari majalah.

Kemudian sebab dia bekerja di sebuah majalah, kebetulan ada seorang kenalan saya yang berkerja di tempat yang sama. Saya pun bertanya, ... dah lama i tak jumpa Min, how is she?

Dengan mata tak berkelip dia renung saya dan bertanya .. eh, are u sure u dont know?

"Know what?"

"She passed away almost 3 years now,"

Aduh.. waktu itu saya tahu saya sudah jadi kawan yang 'hampeh". Sudah tiga tahun kawan meninggal dunia, saya baru tahu hari ini.

Saya terfikir, memang saya sudah terlalu lama tidak berjumpa, e-mail atau sms dia. Emmm.. dekat tiga tahun jugalah. Dulu selalu terserempak di tugasan kemudian lajak sms dan bere-mail -emailan.

Lepas itu saya jarang jumpa dia lagi. Ada sekali saya jumpa dia kurus sangat. Lepas itu tiada lagi cerita tentang Min hingga hari ini.

Ya Allah... begitu sekali , hampehnya aku !

"Dia baru 36 kan?,"

"Jadi, orang 36 tahun tak boleh mati?,"

Aduh! Sekali lagi terkena.

Min rupanya penghidap barah pangkal rahim. Waktu didiagnos sudah tahap empat. Paling sadis waktu dia bertarung dengan maut, suami menceraikan dia dengan alasan "i need to move on with my life" arghhh.. and obviously his 'new life' not included my friend, Min.

"Cervical cancer? Must be from the husband,"

"Eh.. thats one of the factor lah... tapi kalau main sendiri-sendiri pun boleh dapat apa, kuman HPV ada kat semua orang tau..," (maaf saya bukan nak cerita lucah kat sini, tapi itu fakta perubatan).

Min merokok? Semua geleng kepala. Bagi perempuan, kalau merokok memang antara faktor penyumbang barah pangkal rahim.

Ahhhh... sedih!

MORAL:

1) Tolong periksa senarai nama kawan-kawan anda dalam telefon. Agak-agak sudah lama tidak dengar cerita, sms lah atau telefon terus. Mana tahu.. jangan jadi hampeh macam saya hari ini.

2) Barah pangkal rahim boleh dicegah. Ada vaksin, kena ambil empat dos (eh, aku ni macam PR MSD dgn GSK pulak.. hahahah) tapi paling senang buat saja PAP SMEAR. Murah dan mudah. Malu? Emm.. sendiri mahu ingatlah!

3) Sudah dua orang kawan saya meninggal muda. Seorang kawan baik masa sekolah Ahmad Khairuz Kamaruzzaman meninggal Julai tahun lalu (dah setahun pun.. Al Fatihah) dan Min. Khairuz meninggal sebab sakit jantung pada usia 33.

Siapa cakap orang tua saja akan meninggal dunia?

Ahhhh... sedih!

Wednesday, July 1, 2009

Me, Australia & BM



Australia - ok, aku mungkin terlambat banyak. Orang lain sibuk bercerita pasal Transformer - Revenge of The Fallen aku pula sibuk nak bercakap pasal Australia.. crickey!

Begitupun, aku sebenarnya baru berkesempatan menonton Australia - terima kasih untuk hubby yang belikan DVD cetak rompak di Batu Feringgi semasa kami berhujung minggu dengan anak-anak kat sana minggu lalu.

DVD cetak rompak, uiihh haram tu! Kau menyokong membunuh industri, panjang saja mulut kawan aku bagi komen. Tapi lepas tu dia sibuk tanya lagi, berapa ringgit, gambar cantik tak, beli kat mana? Apa barang!

DVD cetak rompak ni bagus juga, sebab ia satu usaha mendekatkan filem yang bagus pada golongan marhaen. Kalau tak, nak beli DVD asli golongan marhaen tak mampu. Jadi, ia secara tak langsung membolehkan Bahasa Inggeris itu dekat dengan golongan marhaen. Ialah, itu persediaan awal... mana tau kut-kut PPSMI dikekalkan.. kut-kut la..

Ok, cerita pasal Australia pulak. Aku tak pernah suka negara ni sebenarnya sebab aku ni anak-anak zaman hubungan ‘keras kepala’ Tun M dengan Keating. Ok, sesiapa yang tak tahu, boleh semak balik sejarah hubungan diplomasi Malaysia-Australia.

Tapi, filem ni buat aku jatuh hati dengan Australia. Tapi, watak Flactcer itu macam watak Keating versi filem, mungkin? Sebab, ini cerita lama, aku tak nak buat review lah.. sebab semua orang dah tengok. Aku saja yang tertinggal bas.

p/s - Maafkan BM aku yang ala-ala bahasa pasar hari ini.Aku penat menyiapkan artikel serius gila babas dan sebuah cerpen yang banyak kali diedit, diubah tajuk oleh aku sendirilah supaya ia menjadi ‘terkena pada batang hidung’ subjek... escapisme? uuu.. how hypocrite ? :D

BTW - tangguhkan perjalanan anda ke negara-negara yang berisiko tinggi dengan selesema babi antaranya Australia!

One Day In Your Life - MJ



pic from here



One day in your life
Youll remember a place
Someone touching your face
Youll come back and youll look around, youll . . .

One day in your life
Youll remember the love you found here
Youll remember me somehow
Though you dont need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
Youll remember one day . . .

One day in your life
When you find that youre always waiting
For a love we used to share
Just call my name, and Ill be there

Youll remember me somehow
Though you dont need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
Youll remember one day . . .

One day in your life
When you find that youre always lonely
For a love we used to share
Just call my name, and Ill be there

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...